MATLAMAT SEKOLAH

Sekolah adalah sebuah institusi pendidikan. Oleh itu, kejayaan sesebuah sekolah adalah dinilai kemajuan akademiknya. Hasrat SMK. Jeneri adalah untuk mencapai dua matlamat secara berasingan iaitu;
1. Kecemerlangan pelajar secara individu dalam pendidikan.
2. Peningkatan kelulusan secara menyeluruh dalam peperiksaan awam.

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya kami warga SMK. Jeneri dengan penuh tekad dan iltizam berjanji dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
1. Mengiktiraf hak-hak pelanggan bagi mendapat khidmat didik yang terbaik melalui pengurusan yang cekap, 
    dinamik dan berkesan.
2. Memberi dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
3. Mewujudkan etika, budaya kerja dan iklim sekolah yang sihat bagi melahirkan insan didik yang menghayati
     cara hidup berlandaskan prinsip kecemerlangan dan keimanan.
4. Menerima dan melayani pelanggan / pelawat yang berurusan dengan sekolah secara senang hati dengan 
     fikiran terbuka.